Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

Pengenalan


Pembelajaran Sejarah merupakan satu proses yang memerlukan pemahaman dan bukannya penghafalan.Pada zaman ini, Internet merupakan medium carian maklumat yang paling mudah dan pantas digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat ataupun berita. Blog adalah salah satu tempat di mana kita dapat berkongsi maklumat di alam maya.

Blog pengajaran dan pembelajaran sejarah dibangunkan untuk pelajar tingkatan 3. Pada blog ini dimuatkan nota lengkap mengenai silibus sejarah berdasarkan buku teks sejarah tingkatan 3 terkini yang mengandungi 7 bab. Selain itu dalam blog ini juga terdapat gambar-gambar serta elemen-elemen interaktif yang berkaitan dengan setiap bab sejarah. Disamping itu, blog ini juga turut disertakan latihan dan contoh soalan peperiksaan bagi menguji kefahaman para pelajar.Saya berharap para pelajar boleh melibatkan diri dalam blog ini. Berikan sumbangan dalam mempertingkatkan penguasaan anda dalam matapelajaran Sejarah supaya anda dan rakan rakan seperjuangan dapat berjaya dalam PMR kali ini.

0 comments:

Post a Comment