Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

2.2 Malayan Union (MU)

Thursday 29 November 2012


  •        Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
  •    Gabenor pertama – Sir Edward Gent
  •    MU menggantikan PTB di Tanah Melayu
  •    Malayan Union merupakan;
      ·    Usaha British mengukuhkan pengaruh politik & ekonominya di Tanah Melayu
      ·     Penjajahan secara mutlak oleh British

Tujuan Penubuhan MU

  • Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
  • Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB & NNMTB
  • Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
  • Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur &  pengembang ekonomi Tanah Melayu
  • Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
  • Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
  • Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
  • Membentuk satu bangsa Malayan Union

Ciri-Ciri Malayan Union

  • MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
  • Negeri naungan – negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
  • Tanah Jajahan Mahkota – negeri yang diperintah oleh British secara langsung & berada di bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
  • MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’
  • Ciri-ciri utama;
·       Ø  NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
        Ø  Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
        Ø  Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
        Ø  Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
        Ø  Raja2 menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu) yang hanya membincangkan soal agama
             Islam & adat istiadat Melayu
        Ø  Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
        Ø  Parlimen British menjadi pemutus undang2 MU

Bentuk Pentadbiran Malayan Union

  •    Parlimen British – pemutus undang-undang MU
  •    Gabenor MU -  dilantik Raja England
  •    Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan & Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu
  •    Pesuruhjaya Negeri – sebagai ketua pentadbir  setiap negeri
 




0 comments:

Post a Comment