Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Thursday 29 November 2012


  •    Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
  •    Tujuan – menggantikan MU
  •    Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu


Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM


i. Rundingan Menolak Pelaksanaan Malayan Union
  •    Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
  •    Tujuan – menolak MU
  •    Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
  •    Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
  •    Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
  •    Kesan;
               Ø  British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
               Ø  Raja-raja Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap
                    Malayan Union secara rasmi 


ii. Rundingan Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
  •    Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
  •    Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
  •    Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
  •    Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
  1.      Raja-raja Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur Malayan Union
  2.      Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  3.      Mereka menolak kerakyatan jus soli
  4.      Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
  5.      Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
  •    Kesan rundingan;
         Ø  British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
         Ø  British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
         Ø  Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2 
              UMNO sentiasa berunding menyedarkan British.
         Ø  British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi  (proses membebaskan negeri 
              yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB.
         Ø  Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
         Ø  Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala 
              Lumpur.


Ciri-Ciri Utama Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
  • Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
  • Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali Singapura
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif & Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan

Perbezaan Antara Pentadbiran PTM Dengan MU:





Perbezaan Kerakyatan PTM Dengan MU:






14 comments:

Anonymous said...

assalam,,saya nak tanye..kesan penubuhan persekutuan melayu ni ape eh?

Unknown said...

salam sejahtera saya nak tanya apakah kesan penentangan rakyat terhadap malayan union?

Unknown said...

PBS ke ?

Unknown said...

aah.. eyaa Pbs

Aleeya said...

say nk tnye knape x boleh copy erk.. susah sye nak buat kerja

Unknown said...

Mengapakah (API),(AWAS),(BATAS)menyokong Malayayan union?

adik02 said...

Kenapa tak boleh copy eh ? saya susah nak buat nota

Unknown said...

apakah persamaan antara Malayan Union dan Persekutuan Melayu?

Unknown said...

sebab dalam MU kuasa raja-raja melayu akan dihapuskan. Golongan kiri ni memang nak kuasa raja ni dihapuskan jadi, mereka sokong MU

Unknown said...

Jelaskan kebaikan yang diperoleh orang melayu melalui pembetukan persekutuan Tanah melayu 1948

Anonymous said...

Orang melayu menentang dengan menulis akhbar,berdemonstrasi,berkongres dan memujuk raja-raja melayu.mereka tidak mengangkat senjata seperti parti komunis malaya.hal ini telah menunjukkan kejayaan orang tempatan menentang penjajahan british terhadap tanah melayu.

Unknown said...

Selamat sejahtera,nak tanya apa pengajaran yg dapat dlm bab ini😅

Anonymous said...

assalamualaikum, saya naktanya sebab utama penubuhan persekutuan tanah melayu dan penentangan terhadap malayan Union sama ke?

Unknown said...

I dunno why tpi,dpt copy jga...

Post a Comment