Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

1.2 Kesan Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu

Thursday, 29 November 2012


KESAN POLITIK


i. Berjaya Mempengaruhi Penduduk Tempatan
  • Kejayaan Jepun dalam Perang Dunia II menewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah
  • Menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
  • Slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak penjajah Barat

ii. Orang Melayu Terlibat Dalam Pentadbiran Awam

  •    Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) di Singapura, Pulau Pinang & Melaka
  •    Tujuan melatih pegawai awam
  •    Jepun melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
  •    Contoh;
  1. Orang tempatan diberi peluang menjadi Pegawai Daerah iaitu Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten     Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak)
  2. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu
  3. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat Istiadat Melayu 
  4. Dato’ Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
  •    Peluang menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British

iii. Jepun Tidak Menepati Janji
  •    Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan
  •    Di Tanah Melayu kegiatan politik diawasi Jepun
  •    Kebebasan bersuara disekat
  •    Akhbar-akhbar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun
  •    Hanya pertubuhan pro-Jepun sahaja dibenarkan aktif
  •    KMM yang banyak membantu Jepun juga diharamkan pada tahun 1942
  •    Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan tentera Bersekutu
  •    Segala dasar Jepun mula longgar
  •    Contoh;
  1. Tanah Melayu dijanjikan akan merdeka bersama Indonesia
  2. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan bertujuan mendapatkan kemerdekaan  bersama Indonesia
  •    Kesan – konsep Melayu Raya yang diperjuangkan KMM semakin kukuh

iv. Kebangkitan Semangat Kebangsaan
  •    Semangat kebangsaan semakin bersemarak
  •    Semangat kebangsaan rakyat berbeza mengikut kaum & berpaksi kepada Negara asal
  •    Contoh;
              a.           semangat kemerdekaan orang India untuk memerdekakan Negara India
              b.           semangat kebangsaan orang Cina lebih bersifat anti-Jepun
  •    Kesan;
  1. Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan Force 136
  2. PKM menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama “Bintang Tiga” melambangkan tiga kaum utama tetapi sebahagian besar anggotanya kaum Cina

KESAN EKONOMI


i. Rancangan Ekonomi Jepun gagal
  •   Rancangan mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal kerana Jepun lebih tumpukan kepada peperangan
  •    Kesan;

              a.  Ekonomi Tanah Melayu merosot
              b.  Gaji pegawai kerajaan dikurangkan
              c.  Kadar pengangguran meningkat
  •    Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu
  •    Kesan;

  1.     Hasil bijih timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat
  2.     Beras tidak dapat diimport dari Thailand & Burma
  3.   Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun


ii. Ekonomi Hanya Menguntungkan Jepun
  •    Dasar ekonomi Jepun tidak menguntungkan penduduk
  •    Amalan rasuah, menyorok barang & pasaran gelap berlaku di merata tempat
  •    Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak tanpa kawalan & nilainya rendah
  •    Kesan – berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang tetapi barang kurang


iii. Penduduk Sengsara & Menderita
  •    Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian & ubat sukar diperoleh
  •    Jika adapun harganya melambung tinggi


iv. Catuan Bekalan Makanan
  •    Bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan
  •    Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan lebih daripada yang ditetapkan
  •    Contoh – setiap keluarga dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan
  •    Kesan;

             a. Kadar ini tidak mencukupi bagi sebuah keluarga besar
             b. Ubi kayu & keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi
             c. Ramai penduduk Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan lebih baik

vi. Banyak Ciptaan Baru Muncul
  •    Keperitan hidup menjadikan penduduk tempatan lebih kreatif
  •    Banyak ciptaan baru muncul berasaskan bahan tempatan
  •    Contoh;

               a. Kasut getah daripada getah keping dihasilkan
               b. Kain daripada benang nanas dihasilkan

vii. Perkembangan Perusahaan Tradisional & Industri Baru
  •    Perusahaan tradisional digiatkan semula seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun
  •    Ubat-ubatan menjadi semakin penting
  •    Muncul banyak industri baru berasaskan sumber tempatan yang diusahakan syarikat Jepun
  •    Contoh;

              a. Lori & kereta berkuasa wap menggunakan arang batu
              b. Bahan api daripada susu getah
              c. Tayar tanpa tiup daripada getah padat
              d. Tali kapal daripada sabut kelapa
              e. Kelambu & kain daripada benang daun nanas
              f.  Kertas daripada buluh, daun getah & lalang
              g. Peralatan berasaskan kulit haiwan & logam
  •    Industri yang tidak ekonomik & kekurangan bahan mentah semakin pupus

KESAN SOSIAL


i. Penduduk Sengsara & Takut
  •    Penduduk dikenakan perintah berkurung & sekatan perjalanan
  •    Penduduk saling mencurigai satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
  •    Ramai menjadi tali barut Jepun
  •    Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun
  •    Kempeitai sentiasa mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah
  •    Prinsip kempeitai adalah “seksa dulu kemudian siasat”
  •    Hukuman dera & hukuman mati dikenakan di khalayak ramai

ii. Penduduk Menjadi Buruh Paksa
  •    Sebagai buruh paksa penduduk tidak diberi gaji
  •    Mereka hanya diberi makanan sekadar untuk hidup
  •    Ramai penduduk Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma sepanjang 724 km
  •    Seramai 70 ribu penduduk terlibat & satu pertiga daripadanya terkorban
  •    Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh tentera Jepun kepada sesiapa yang tidak hadir bekerja

iii. Tiada Kemudahan Kesihatan
  •    Kemudahan kesihatan terjejas teruk kerana peperangan
  •    Wabak penyakit merebak terutama penyakit beri-beri disebabkan kekurangan zat makanan
  •    Bekalan ubat sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport
  •    Keadaan semakin teruk apabila tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri



7 comments:

MissL said...

Thanks for the sharing ^^

VOCATION IN MALAYSIA ? said...

bro nak copy

puteri balqis said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Thanks so much sebab share informasi ini dan senang untuk memahami kerana dah dipendekan.👌

TheMirz Gaming said...

Thanks so much sebab share informasi ini dan senang untuk memahami kerana dah dipendekan.👌

students said...

thanks for this information.

Unknown said...

terlalu baik thanks

Post a Comment