Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

BAB 2 : Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu

Thursday 29 November 2012


  • Malayan Union (MU) diperkenalkan tahun 1946
  • Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
  • Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu & menghapusklan ketuanan Melayu
  • Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya & adat istiadat
  • Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948


2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN

  •       Jepun kalah tahun 1945
  •    Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
  •    PKM banyak melakukan keganasan
  •    Tanah Melayu menjadi  huru-hara
  •    Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration (BMA)
  •    BMA – merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan


Keganasan 14 Hari

  •     Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
  •    Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
  •    Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
  •    PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
  •    Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
  •    Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
  •    MPAJA telah menguasai – bandar, daerah2 penting, balai polis & pejabat pentadbiran kerajaan
  •    MPAJA juga menjalankan;
            ·   Undang2 sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
            ·   Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
  •    Antara  keganasan MPAJA;
           ·   Menculik & menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
           ·   Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
           ·   Merampas harta benda orang kampung
           ·   Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
  •    Contoh keganasan;

·   Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
·   Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
·   Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid & surau
·   Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah2 yang berpenghuni di waktu malam
  •    Kesan keganasan;
·   Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
·   Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
·   Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu
·   Contoh – di Batu Pahat & Muar – orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
  •    Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
  •    Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British
Pentadbiran Tentera British

  • PTB – merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
  • Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam – Sir Ralph Hone
  • Tujuan PTB – melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan
  • Antara kejayaan PTB:

             Ø  Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
             Ø  Memujuk PKM & MPAJA serah senjata
             Ø  Kawal & hentikan pergaduhan kaum
             Ø  Wujudkan keamanan & tegakkan undang2
  •    Kesan;
            Ø  Berjaya mengamankan Tanah Melayu
            Ø  British perkenalkan Malayan Union



 





0 comments:

Post a Comment