Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

2.4 Penubuhan UMNO

Thursday 29 November 2012


  • Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
  • Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar


Tujuan Penubuhan UMNO

  •    Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
  •    Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
  •    Contoh perubahan;
i. Tahun 1946;
Ø  Menentang Malayan Union
Ø  Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Ø  Mewujudkan satu organisasi nasional
Ø  Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
Ø  Memajukan pendidikan orang Melayu
Ø  Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan

ii. Tahun 1949;
Ø  Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
Ø  Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
Ø  Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
Ø   Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
Ø   Mula menuntut kemerdekaan

Perjuangan Tokoh UMNO

i. Dato’ Onn Jaafar

  • Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)
  • Merupakan pengasas UMNO
  • Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
  • Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
  • Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
  • Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
  • Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
  • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
  • Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
  • Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
  • Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
  • Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)

  • Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
  • Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
  • Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
  • Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
  • Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)

  •    Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
  •    Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar,
  •    Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
  •    Beliau menjadi peguam yang bertauliah
  •    Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955

iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973


  •    Dianggap seorang intelektual Melayu
  •    Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
  •    Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  •    Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
  •    Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
  •    Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)

Perjuangan & Perkembangan UMNO
  •    Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
  •    Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  •    UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
  •    Perjuangan utama UMNO ialah;
          Ø  Menumbangkan MU
          Ø  Menyatupadukan orang Melayu
          Ø  Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
          Ø  Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
          Ø  Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
          Ø  Memajukan pendidikan orang Melayu
          Ø  Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
  •    Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
  •    Contoh;
          Ø  Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
          Ø  Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
          Ø  Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja-raja Melayu setempat
          Ø  Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
  • Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
  • Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
  • Piagam ini mempunyai 5 bab
  • Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh


Lambang UMNO
  •    Menjadi identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

(ii) Cogan kata“HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO

  • Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
  • Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau

  •    Merah – keberanian
  •    Putih – kesucian & keikhlasan
  •    Kuning – lambang raja
  •    Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
  •    Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
  •    Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
  •    Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947





1 comments:

Unknown said...

perbandingan umno ade x

Post a Comment