Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

2.3 Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union

Thursday, 29 November 2012


  •    Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas)
  •    Ada yang menyokong & ada yang menentang


i. Golongan Yang Menyokong MU:
  •    Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal & golongan imigran
  •    Antara golongan radikal Melayu;

          Ø  PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
    
          Ø  PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin 
              Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
          Ø  API – Angkatan Pemuda Insaf
          Ø  AWAS – Angkatan Wanita Sedar
          Ø  BATAS – Barisan Tani Malaya
  •    Alasan sokongan;

          Ø  MU akan menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
          Ø  Mu melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja & pembesar Melayu
          Ø  Menyokong kerakyatan terbuka
          Ø  Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
          Ø  Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
  •    Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu;

          Ø  PKM
          Ø  MDU (Malayan Democratic Union) – parti politik yang berpusat di Singapura & ahlinya terdiri
              daripada yang berpendidikan Inggeris 
          Ø  AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – merupakan gabungan golongan imigran diketuai 
              oleh Tun Tan Cheng Lock 
  •    Alasan sokongan;

          Ø  MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
          Ø  MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU

ii. Golongan Yang Menentang MU:
  •    Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu


Sebab-Sebab Penentangan

  • Penghapusan kedaulatan & kuasa raja2 Melayu – hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu, hilang takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
  • Tamadun orang Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & orang Melayu akan hilang tanah air
  • Kerakyatan yang terlalu liberal – jus soli mengancam status quo orang Melayu & jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
  • Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu – turun takhta & tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri


Cara Penentangan Terhadap MU


i. Secara Individu:
  •  Peranan Dato’ Onn Jaafar
  •  Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
  •  Tujuan – menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
  • Raja2 Melayu membantah MU – menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
  • Kesan - bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran raja2 Melayu supaya berganding bahu menentang MU
  • Sokongan – tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil Clementi
  • Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London

ii. Melalui Akhbar:
  •    Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
  •    Akhbar Majlis – akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
  •    Utusan Melayu – pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
  •    Warta Negara – pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU

iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai):
  • Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan2 Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 & mengadakan rapat umum

a. Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
  •    Contoh demonstrasi;
          Ø  Di Alor Setar – seramai 50 000 orang
          Ø  Di Kota Bharu – seramai 10 000 orang
          Ø  Di Johor Bharu – orang ramai berkumpul di hadapan Masjid  Sultan Abu Bakar
  •    Tujuan demonstrasi;
          Ø  Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja2 Melayu
          Ø  Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri2 Melayu & kedudukan orang Melayu 
               sebagai anak negeri
  •    Contoh slogan yang digunakan;
         Ø  “Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
         Ø  “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”

b. Menubuhkan persatuan-persatuan Melayu
  •    banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
  •    tujuan – menentang Mu secara berorganisasi
  •    contoh – Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
  •    persatuan2 menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
  •    mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
  •    contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang

c. Menubuhkan Kongres Melayu 1946
  • Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung   Baru, Kuala Lumpur
  • Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  • Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah & menderma sebanyak $500
  • Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
  • Hasil kongres – bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
  • Mendapat sambutan hebat
  • Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
  • Tampil berucap – wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
  • Kata2 “Wahai bapa2 kami, peliharalah hak2 kami sementara kami besar” menjadi pendorong & penguat semangat perjuangan
  •    Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
  •    Tujuan – membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
  •    Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
  •    Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
  •    Memutuskan 3 perkara penting;

                (i)  Meminta raja2 Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
      (ii)  Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran MU memulaukan 
           pelantikan itu
     (iii)  Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok

d. Mengadakan rapat umum
  • Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar pada Mei 1946
  • Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar2 menentang MU
  • Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & George Town
  • Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MU & Sir Harold MacMichael


Peranan Kaum Wanita / Kaum Ibu Dalam Menentang Pelaksanaan MU
  •    Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
  •    Antaranya;

        Ø  Halimahton Majid – pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu
            membantah MU 
        Ø  Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama – telah 
            mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum lelaki
            menyokong Kongres Melayu 1946 
        Ø  Cikgu Zahara Abdullah – berucap menentang MU di Batu Pahat
        Ø   Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
        Ø  Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar




16 comments:

Gneskumar said...

very small can't read ................

Unknown said...

awwaaaat x lehh copy oiii.. kdekuuuuuuuuuut...
)0)0)0)

Unknown said...

x kan la x lehhhh copyyyyyyyyyyy niiihhhhh
geram cekkkk

Unknown said...

x kan la x lehhhh copyyyyyyyyyyy niiihhhhh
geram cekkkk

JunniSape22 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nota yang membantu saya...Thanks

Unknown said...

bakpo gax nie xleh copyyyy ..hmmm lantak ko lahhh

Unknown said...

cek dapat jugak copyy yeayyyyy

AdrianYau0915 said...

ee...... er...

沢田 シナヨシ said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Terima kasih banyak2 ...excellent notes ...dapat faham dengan mudah😍

Unknown said...

boleh ja copy

Anonymous said...

butuh pak ang x boley copppy babi sial nak haram kimak celaka

Anonymous said...

Bersyukur je la ada orang buatkan nota ni

Unknown said...

Tak bersyukur ke bang

Kylo Genji said...

BLACKPINK IN MY HISTORY

Post a Comment