Selamat Datang ke Blog Pendidikan Sejarah

BAB 1 : Pendudukan Jepun di Negara Kita

Wednesday 28 November 2012

1.1 Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu :

  •   Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
  •   Pemerintahan bercorak tentera

KEDATANGAN JEPUN

  •     Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
  •     Melancarkan Pemulihan Meiji
  •     Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
  •     Mencontohi negara Barat
  •     Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
  •     Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
  •     Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun      

Faktor Perluasan Kuasa Jepun

      i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun :
  •     Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
  •     Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
  •     Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
    ii. Faktor Sekatan Ekonomi :
  •     Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
  •     China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
  •     Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
  •     Serangan diketuai Jeneral Tojo
  •     Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
  •     Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
  •     Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu

      i. Melalui Propaganda :
  •   Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat  Asia”
  •     Slogan berunsur anti-penjajah Barat
  •     Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
  •     Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia
      ii.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
  •     Strategi yang sangat berkesan
  •     Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British

       

Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu



      i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
  •     Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan PattaniThailand pada 8 Disember 1941
  •     Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
  •     Tentera berpecah dua
  •     Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
  •     Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat

      ii. Melalui Kawasan Kota Bharu
  •     Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
  •     Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur


      iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
  •    Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
  •    Berpecah kepada dua pasukan
  •    Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
  •    Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
  •    Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
  •    Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah


Cara Kemaraan Tentera Jepun

    i. Menggunakan kapal terbang perang



  •    Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
  •    Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun

      ii.Menggunakan kereta kebal penggempur



  •    Berjaya memaksa tentera British berundur
  •    Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
    iii. Menggunakan bot
  •    Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai
   iv. Menggunakan basikal

  •    Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
  •    Basikal mudah untuk melalui jalan sempit


Kesan Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu

    i. Jepun menguasai Tanah Melayu
  •    Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
  •    Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
  •   Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
  •    Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan

    ii. Banyak berlaku kemusnahan
  •    Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
  •    British gunakan taktik “bumi hangus”
  •    British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
  •    Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
  •   Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan  Muzium Selangor
  •    Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan

      iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
  •    Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara

      iv. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
  • Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
  • Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
  • British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
  • Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu


      i. Perancangan awal perang
  •    Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
  •    Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan

      ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
  •     Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
  •     Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

      iii. Semangat tentera Jepun
  •     Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
  •     Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
  •     Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun

      iv. Taktik serangan Jepun
  •     Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
  •   Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura

      v. Kelemahan tentera British
  • Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan     di Eropah
  • Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
  • Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
  • Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

      vi. Pakatan Jepun-Thailand
  • Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
  • Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

      vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  •     KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
  •     KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
  •     KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
  •     Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
  •     Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
  •     Singapura dikenalisebagai Syonan (Cahaya Selatan)
  •     Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
  •     Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah

i. Pentadbiran Pusat
  •    Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
  •    Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
  •    Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
  •    Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
  •    Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching

ii. Pentadbiran Wilayah
  •    Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
  •    Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
  •   Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama
  •    Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
  •    Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
  •    Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
  •    Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
  •    Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan

b. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
  •    Jepun perkenalkan pelbagai dasar
  •    Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
  •    Kebajikan penduduk tidak dijaga
  •    Penduduk tiada hak bersuara
  •    Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
  •    Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk
  •    Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
  •    Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial

i. Politik
  •    Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
  •    Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
  •    Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
  •    Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
  •    Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah

ii. Ekonomi
  •    Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
  •    Mata wang Jepun diperkenalkan
  •    Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
  •    Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
  •    Layanan istimewa diberikan kepada  kaisha (syarikat Jepun)

iii. Sosial
  •    Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
  •    Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
  •    Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
  •    Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
  •    Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
  •    Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
  •    Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
  •    Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
  •    Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun
  •    Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India


Contoh Dasar Penjepunan
  •    Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
  •    Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
  •    Budaya Jepun diiklankan dalam  akhbar
  •    Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun  Kimigayo


REAKSI PENDUDUK

i. Reaksi Orang Melayu

Reaksi Peringkat Awal
  •    Sebahagian besar tidak menentang
  •    Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
  •    Terpengaruh dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
  •    Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
  •    KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
  •    Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan

Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu
  •    Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
  •    Jepun memerintah secara tentera
  •    Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
  •    Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
  •    Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
  •    Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
  •    Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
  •    Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
  •    KMM dibubarkan oleh Jepun
  •    Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah

ii. Reaksi Orang Cina
  •    Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
  •    Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
  •    Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
  •    Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
  •    Kesannya – apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar & dibunuh tentera Jepun
  •    Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan & keselamatan nyawa mereka

iii. Reaksi Orang India
  •    Mendapat layanan baik daripada Jepun
  •    Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
  •    Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
  •    Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah & bekerjasama dengan Jepun
  •    Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun

Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu

  •    Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
  •    Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
  •    Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British


Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu


i. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)

  •    Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
  •    Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan & senjata
  •    Menggunakan taktik perang gerila

ii. Force 136

  •    Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu
  •    Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
  •    Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu

iii. Askar Melayu Setia (AMS)
  •    Melancarkan perang gerila
  •    Bekerjasama & mendapat bantuan daripada Force 136

iv. Pasukan Wataniah Pahang
  •    Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
  •    Diketuai oleh Yeop Mahidin
  •    Berhubungan baik dengan pasukan Force 136

v. Gerila Kinabalu
  •    Pimpinan Albert Kwok
  •    Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal

vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha
  •    Menjalankan penentangan di Kudat

vii. Pasukan Gerila di Sandakan
  •    Menjalankan penentangan di Sandakan

viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak
  •    Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun


Jepun di Ambang Kekalahan


  • Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
  • Jepun enggan
  • Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima & Nagasaki
  • 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
  • Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
  • Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
  • Pada 10 September 1945  pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan



28 comments:

Unknown said...

knapa x bleh copy... ?
-_-

Unknown said...

teacher y i can't copy this page

Rajvinderjeet Singh @ Prof. Raj said...

why can't i copy this page?

Rasyidah said...

thun ni pt3..nk copy pastu photostat..x bole pulak..so,x perla.nota yg sangat ringkas..senang difahami. ^-^

xpplx.bunnies said...

korang highlight all the text and then tekan ctrl+c kalau nak copy

silvia_10 said...

APASAL TERTULIS DILARANG COPY

Unknown said...

KEDEKUT . ILMU PUN NAK KEDEKUT .

Unknown said...

KEDEKUT . ILMU PUN NAK KEDEKUT .

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Boleh je copy..

Unknown said...

Boleh je copy..

Unknown said...

Boleh je copy..

Unknown said...

Boleh je copy..

Unknown said...

Boleh je copy..

Unknown said...

Boleh je copy..

Unknown said...

boleh je copy....
x de yg kedekut ilmu pon
cuma kena ada caranye je nk copy tu
first copy sehingga Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu
pAStu skip yg video youtube
baru copy yg point bawah tuu...

shanker said...

highlight semua dan Ctrl+F print... save dengan pdf

Unknown said...

thanks for all the infarmatin it really help me

Unknown said...

thanks for all the infarmatin it really help me

iz'aan_ismail said...

terima kasih banyak2 saya nk copy untuk saya buat montaj info yg bagus dn ringkas

Unknown said...

komunis bantu british di tanah melayu dan juga di kaw eropah dan timur tengah...semasa perang dunia ke 2... kemudian selepas itu british melawan pula komunis di tanah melayu....

Unknown said...

pehal x leh copy der...jgn bikin panas

Unknown said...

pahal korang kecoh sangat??? xyah lah copy.. print je lah terus... apelah korang...

Unknown said...

Ty cikgu, nota ni sangat membantu!!!

Unknown said...

bodoh ke oi?sapa buat owner laman web nih?apa function ctrl+c

Unknown said...

Masya allah apekah bengong orng yg nk copy nie...copy text pon x tau....copy text bende paling basic...x tau buat nota ringkas sendiri...dah amik nota tingkas orng fkp orng bodo la ape la

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

NOTA YG SGT BAGUS.
DPT JUGAK AQ SIAPKAN KERJA RUMAH YG CIKGU BAGI.
TERBAIK!!!!!

Post a Comment